Mood Republik juga sejenis hype business. Model business yang menjanjikan crowd yang melimpah ruah. Menjemput artis2 terkenal dan market influencer untuk buka gerai di lokasi hot spot, mengenakan caj premium untuk peniaga lain yang di jadikan sumber utama pendapatan Mood Republik, duit di tabur kepada pengunjung dalam bentuk cabutan bertuah dan sebagainya, susana bising acah2 meriah untuk menunjukkan suasana happening. Harga barang yang tidak begitu murah kerana peniaga perlu bayar kos tapak yang tinggi. Pada akhirnya bakal collapse dengan tagihan hutang di sana sini dari pihak peniaga, kontraktor dan nama semakin buruk.
Modus Operandi Yang Mencelarukan Peniaga.
@ Peniaga yang tertarik dengan tarikan crowd mood republik ini akan menyewa tapak.
@ Satu tapak, bernilai RM5-10k.
@ Dalam kes2 terbaru kebelakangan ini, beberapa hari sebelum bermula karnival, peniaga dapat tahu karnival dibatalkan. Tetapi bukan dari pihak Mood Republik. Informasi dari orang lain.
@ Bila dikonfrantasi kenapa batal, peniaga di tawarkan tapak lain di negeri lain.
@ Masalah logistik tidak memungkinkan peniaga memilih pilihan tersebut, lalu di tawarkan tapak pada karnival yang akan datang, seperti, next raya, atau next raya haji.
@ Atau, jika peniaga bersetuju untuk menerima pilihan tapak di negeri lain, terdapat kes pertindihan milik pada tapak yang sama.
@ Pertindihan tapak dan tak cukup tapak kerana mengambil semua tempahan peniaga adalah masalah serius. Pergaduhan adalah perkara biasa bila terdapat pertindihan tapak.
@ Pihak Mood Republik tidak membantu dalam penyelesaian tuntas. Di berikan pilihan untuk tapak yang akan datang.
@ Peniaga mempunyai stok untuk dihabiskan. Tindakan dan cara kerja Mood Republik hanya menyusahkan peniaga.
@ Lebih 60 orang peniaga membuat tuntutan pulangan wang kerana tidak mendapat tapak yang dijanjikan atau karnival dibatalkan, dan ada yang dari tahun 2016.
@ Taktik untuk melengah, memenat dan mencelarukan peniaga agar peniaga pasrah dan redha dengan pembayaran yang telah dibuat.
Kesimpulannya, nampak seperti modus operandi Mood Republik terkini adalah ambil semua tempahan tanpa mengira cukup atau tidak bilangan peniaga dengan bilangan tapak. Atau tanpa mengira cukupkah bilangan peniaga minima yang diperlukan untuk membuka tapak.
Jika peniaga lebih dari jumlah tapak, biarkan mereka bergaduh berebut tapak, atau janjikan tapak lain di tempat lain dan di lain waktu.
Jika jumlah peniaga tidak cukup syarat minima untuk mencapai kira2 untung, batalkan sahaja karnival, dan janjikan peniaga tapak di tempat lain di lain waktu. Tanpa mengambil kira stok yang peniaga dah beli untuk tujuan karnival.
Akhirnya, the house always win. Duit dah kutip. Janji di tabur, akan datang kita buka tapak lain. Road to millionaire jangka pendek. Akhirnya akan collapse disebabkan faktor hilang kepercayaan, report polis, menjadi buah mulut orang dan di cari penghutang. Walau di berikan publisiti buruk dan melakukan penindasan terhadap segelintir peniaga, Mood Republik tetap meneruskan operasi seperti biasa.